Saturday, October 31, 2009

O.C.R ORNAMENTS.... not for sale aaaa..






Assalamualaikum... dan selamat sejahtera semua....
kali ini entri utk segmen cuci mata dan terapi minda..., ini lah antara koleksi o.c.r saya miliki... sayang nak jual.. dan ianya susah nak dpt, skrng ni dengar cerita mahal2 belaka...
jadi... cuci mata jer la yer.....zasssss


ikhlas....


shida...

Friday, October 30, 2009

Konsep Ikhlas, Istiqamah dan Tawadhuk kepada Allah..

Assalamualalikum semua, artikel ini saya cilok dari blog Ibnu Hasyim..

Semoga ianya memberi pemangkin utk kita bersungguh merabut keredhan Allah...

Ada 3 kisah sebenarnya, InsyaAllah saya masuk kan yang pertama dulu yer..


KISAH 1

Ketika belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia , Salleh (bukan nama sebenar) telah bertemu jodoh dengan isterinya Siti Rahmah (bukan nama sebenar). Salleh mengambil jurusan kejuruteraan manakala Siti Rahmah Mengambil bidang perakaunan. Sekarang mereka telah 15 tahun berkahwin Dan Dikurniakan Allah dengan 7 orang anak. Beberapa bulan yang lepas saya Berkunjung ke rumah Salleh di Kajang. Kebetulan pada pagi Ahad itu selepas Solat Subuh di Masjid Kajang saya bertemu dengan Salleh. Dia terus mengajak Saya ke rumahnya. Dia menyewa rumah teres setingkat tidak jauh dengan Masjid.

Saya mengenalinya sejak hampir 10 tahun yang lalu. Pagi itu tidak sedar Kami telah berbual-bual hampir lima jam. Saya ingin berkongsi tentang Keluarga Salleh ini yang pada saya satu contoh keluarga yang mendapat keberkatan Allah.

  1. Salleh bekerja makan gaji Dan pendapatan bersihnya sebulan kurang dari RM3000.
  2. Isterinya adalah anak sulung, walaupun berkelulusan ijazah namun menjadi Suri rumah sepenuh masa atas kehendak Salleh. Sebagai penghargaan kerana Isterinya sanggup tidak bekerja, Salleh memberikan RM300 sebulan kepada Ibu-bapa mertuanya setiap bulan.
  3. Di samping itu Salleh juga memberi kepada ibunya di kampung RM200 Sebulan. Bapa Salleh telah meninggal dunia.
  4. Dia memiliki Toyota Unser dengan ansuran RM500 sebulan
  5. Dia membayar rumah sewa RM400 sebulan.
  6. Di rumahnya serba lengkap dengan perabot (TV, Peti Sejuk, Mesin Basuh, Set Sofa) serta teratur Dan kemas
  7. Pelik tetapi benar, bil elektrik di rumahnya kurang dari RM20 sebulan. Sedangkan jirannya tidak pernah kurang dari RM60. TNB dah buat pemeriksaan Bahawa meter di rumahnya tidak rosak. Begitu juga dengan bil air kurang Dari RM10 sebulan..
  8. Empat orang anaknya dihantar ke sekolah agama integrasi.
  9. Bayangkan dia boleh hidup dengan Selesa walaupun gajinya kecil jika di Nisbahkan dengan keluarganya yang agak besar.

Sejak berkawan dengannya Ada beberapa perkara yang saya lihat jadi amalan Dia yang patut di contohi;

  1. Solat Duha menjadi amalan hariannya walaupun ketika pergi outstation
  2. Solat Istikharah menjadi suatu amalan walaupun nak membeli benda yang Kecil seperti nak membeli mesin basuh.
  3. Sering membaca Surah Al-Waqiah
  4. Tidak terlibat langsung dengan sistem Riba . Dia menggunakan Kredit Kad Bank Islam.. Pinjaman kereta pun menggunakan sistem pinjaman Islam.
  5. Buat baik kepada Ibu bapa Dan Ibu Bapa mertuanya …
  6. Suka menolong orang Dan memberi derma
  7. Semua anak-anaknya mempunyai akhlak yang baik Dan jarang kena sebarang Penyakit.
  8. Dia dah empat tahun menggunakan Toyota Unser, sekali pun tidak pernah Rosak atau menyusahkan nya.
  9. Segala masalah yang dihadapi dapat diselesaikan dengan mudah Dan cepat.

PORTMEIRION STUDIO CUPS N SAUCERS for sale




Assalamualaikum dan selamat sejahtera...semua

masih ada lagi stock cawan2 ini, ianya susah nak dpt dimana2 saja.. the original price tak akan dapat seperti yang saya ofer kan ini....

kalu ada sesiapa yang ingin meminangnya... sila la merisik kabar ditalian hayat sptr tertera diatas yer...


sudi2kan lah....

RAK BESI TEMPAT LETAK BUKU RESEPI..(cast iron) for sale..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua...

disini ada untuk dijual.. tempat letak buku resepi or majalah yang diperbuat dari besi, ianya teramat lah berat... cast iron.. dan ianya juga ada lah ter antik..

jadi, sekiranya ada yg berminat... silalah merisik kabar ditaliana hayat diatas yer...


ikhlas...


shida..

Tuesday, October 27, 2009

POSSY FLOWER FOR SALE.....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.....

possy flower utk dijual... harganya... yg kanan...Rm25.00, yang tengah...RM20.. dan yang RM25.00..

sesiapa yang berminat... silalah caling2...yer...


ikhlas...

shida....

Monday, October 26, 2009

ITALIAN DISPLAY CABINET - FOR SALE


Assalamualaikum dan selamat sejatera, utk dijual... italian display cabinet yang dibeli semasa merantau di UK. Masih lagi tip top conditions.. memang cantikkk dan kelas gitu....


Bayaran nya boleh secara ansuran....


Terima kasih...


ikhlas..

shida.

Sunday, October 25, 2009

PYREX OVAL BAKING DISH FOR SALE


Assalamualaikumu dan salam sejahtera...
Untuk dijual..pyrex oval baking dish...size 12" x 6" made in England...

InsyaAllah ianya akan sampai dalam masa terdekat ini, saya ada 15 biji sekiranya sesiapa yg bermina boleh lah book dulu.. harganya saya akan masukkan kemudian yer..


salam,

Ikhlas....

Saturday, October 24, 2009

Kini aku berpijak dibumi NYATA..

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera semua...

Alhamdulillah..saya masih disini dan masih diberi semangat untuk bangun oleh Allah untuk meneruskan apa yang saya usahakan selama ini. Sebelum saya memulakan perniagaan menjual barang2 dari UK ini, saya telah pun membuat bisnes kecil-kecilan dengan menjual hasil kraf tangan dan menjual bunga2an yang telah siap digubah yang berkonsep dry look. Dan pada tahun 2005 saya mula berjinak2 dengan mencuba sesuatu yg baru iaitu mejual barang2 deco dari bumi England. Alhamdulillah... Allah lorongkan rezeki yang murah, dan disini saya masih lagi berdiri. Dalam seminggu dua ini, blog ini agak suram dengan barang2 baru untuk dijual.... Dalam masa itu saya telah diuji oleh Allah S.W.T dan bisnes yang saya usahakan ini hampir2 berkubur...

Alhamdulillah, sujud syukur..kepada Allah.. masih dianugerahkan kekuatan, semangat dan rezeki untuk saya meneruskan apa yang telah saya usahakan selama ini.

dan disini... saya..InsyaAllah saya akan cuba..dan terus mencuba.. utk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan yang saya kashi...

Saya ucapkan berbanyak terima kasih, kepada kekawan dan sahabat yg selama ini sentiasa memberi saya dorongan, bimbingan, teguran dan semangat untuk saya meneruskan usaha2 saya ini. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian kalian untuk berurusan dan menjadi pelanggan saya, tanpa kalian siapa lah saya...

kepada sahabat dan kekawan bloger dan regular customer dan silent readers.. I luv u all... InsyaAllah...

Ikhlas....

Shida...

Thursday, October 22, 2009

MIKASA CRYSTAL made in japan..


Assalamualaikum dan selamat sejahtera... Alahamdulillah baru ada semula semangat untuk mengupdatekan blog ini dengan semangat dekorasi....

mikasa crystal.. dibeli semasa saya tinggal di Indiana 10 taun yang lepas, jarang2 guna, setaun sekali jer guna untuk isi kueh raya, selain dari itu hanya tersimpan dalam curios saya ajer....

Wednesday, October 21, 2009

CIRI-CIRI REZEKI YANG DIBERKATI OLEH ALLAH

Untuk mempastikan bahawa setiap rezeki yang diterima sama ada banyak atau sedikit itu mendapat keberkatan daripada Allah s.w.t maka kita perlulah meneliti beberapa perkara berikut :

1. Kita tidak meninggalkan sebarang perintah Allah seperti sembahyang dan mengeluarkan zakat sepanjang tempoh kita mencari rezeki.

2. Kita tidak melakukan perkara-perkara yang dilarang dan maksiat seperti menipu, curi tulang, berjudi dan sebagainya semasa kita bekerja.

3. Kita bekerja dengan jujur dan amanah, jauh daripada niat-niat yang serong dan tujuan yang jahat.

4. Kita menjaga lidah dan anggota badan kita daripada menyakiti hati orang lain, sebaliknya sentiasa menolong orang lain bagi tujuan kebajikan.

5. Menanam keyakinan yang kuat bahawa rezeki itu ketentuan Allah s.w.t di mana manusia cuma berusaha dan berserah kepada Allah s.w.t.

Tuesday, October 20, 2009

Jangan Pentingkan Diri sendiri !!

Daripada Anas bin Malik r.a, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah ia mengasihi kebaikan untuk saudaranya sebagaimana ia mengasihi kebaikan untuk dirinya sendiri.”
(Al-Bukhari, Muslim, Abu ‘Uwanah, an-Nasai, at-Tirmidzi, ad-Darimi, Ibnu Majah, Ath-Thayalisi dan Ahmad)

Huraian
Manusia yang paling baik hidup di atas muka bumi ini adalah manusia yang selalu berusaha memberikan manfaat dan kebaikan bagi orang lain. Bukankah manusia yang paling mulia adalah manusia yang memiliki keikhlasan dalam memperjuangkan keselamatan diri dan orang lain? Paling tidak kita mendoakan tetangga kita, saudara-saudara kita dan semua manusia untuk kebaikan sebagaimana kita menginginkan kebaikan untuk diri kita sendiri. Atau kita tidak pernah berfikir sama sekali akan perkara ini kerana kita selalu disibukkan dengan urusan masing-masing. Bahkan kita sudah tidak memiliki rasa kasih sayang kepada orang lain sehingga kita selalu memikirkan diri sendiri. Seandainya kita semua bersatu padu dengan membuat satu perkara penting dalam kehidupan untuk saling mengajak kepada kebaikan dan ketaatan kepada Allah SWT dan selalu berdoa dengan kesungguhan maka pasti Allah akan merubah keadaan kita kepada situasi yang lebih baik.

selingan sementara menanti entry barang baru akan tiba dari UK...TUDUNG MUSLIMAH - AMANI - FORSALE..


saiz XL - RM98/-

saiz M - RM68/-


size L - RM98/- don wori bleh easypayment ..
model ini adalah puan Farah, merupakan pembeli tegar k.shida jugak, kini tudung pulak yg menjadi buruan dia..ye ker farah..he.he.he..

Assalamualaikum..entry ni khas k.shida tujukan buat honey, atas requet honey, k.cda masukkan entry kali ini tudung muslimah Amani. Terima kasih honey.. kerana perhatian honey terhadap tudung2 yg k.cda promote kan ni...layannnn...

Sunday, October 18, 2009

Kepentingan Berkasih Sayang

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Sesiapa yang tidak mengasihi orang muda dan tidak mengenali hak orang tua maka bukan dari kalangan kami.”

Riwayat Abu Daud

Huraian
1. Orang beriman adalah mereka yang hidupnya saling hormat menghormati dan kasih mengasihi antara satu sama lain tanpa mengira usia, tua ataupun muda.
2. Orang yang gersang daripada sifat kasih sayang biasanya bersikap ganas dan kasar hingga akhirnya hidupnya menjadi terasing dan terpinggir daripada masyarakat.
3. Kekejaman berupa penderaan dan kekerasan terhadap golongan yang lemah sama ada terhadap kanak-kanak dan orang tua merupakan suatu perbuatan yang amat dibenci oleh agama kerana ia mempamerkan sifat zalim dan tidak berperikemanusiaan yang tidak sepatutnya ada pada diri seorang manusia yang dianugerahkan Allah dengan akal fikiran dan perasaan.

Friday, October 16, 2009

MENGAPA KITE PERLU TEMAN RAPAT ATAUPUN SAHABAT...

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

Thursday, October 15, 2009

SEKITAR GAMBAR2 SEMASA JAMUAN MAKAN UNTUK CUSTOMER2 TEGAR ENGLISHINSPIRE...

ni jer gambar bloger yg sempat akak amik.. ratu antik kite, cik chemp kita..cik sue..ibuk welly dan emi..
Ini adalah antara juadah yang disediakan untuk menjamu tetamu.. nasik lemak, laksam, mee hoon singapore ( tringat kat anim..he.he.he.) nak buat laksa serawak tak der yg xpert...
ni dia datin prempuan melayu terakhir....amboi mak...sopan gitu dia semalam tu, kalu tidak.. kalu dtg kerumah akak....sempoi abiss hari ini... kalah org melayu weiiii..caya la u mrs tan..

mona, sue, nor a.k.a chemp, welly, amy n mrs tan... tapi diorang tak sempat jumpa sorang lagi bloger.. amra, dia dtg lewat sikit.. dia sampai..diorang ni dah berarak ke rumah mona, gi shoping kat sana plak....perut dah kenyang...layan duit ler plak...he.he.he.
datin putih tiba serentak dengan ija...
hahhh ni dia pembeli tegar saya no 1.. dulu tu dia jiran saya... bila brg2 baru sampai dari UK dia dulu lah yg borong sebab dia tau kalu porch penuh dgn kotak2 maknanya ada la stok baru tiba.. terima kasih zah atas kerpercayaan awak pada saya, walaupun awak dah pindah tempat yg elit2 tapi.. awak masih lagi menjadi pembeli tegar saya...luv u zah...
yang pakai baju grey tu tu la tokey catering akak.. terima kasih k.faezah selalu u bantu I..
dari kiri skali tu..ena tokey salon..cik sue antik kita, puan bani yang bakal bergelar hajjah.. yg pakai tudung hijau tu..tu ler puan monaliza rawang kita... dia tengah memperagakan tudung yang akak jual..tu..
k. yatie, datin putih dan bani...., datin putih juga merupakan pembeli tegar saya...dia tk pernah ketinggalan setiap kali stok2 baru ada tiba.. terima kasih bbnyak kak putih atas sokongan dan kepercayaan u pada I... really appreciarted..luv u..
haaah ni dia tetamu paling istemewa... makcik zauyah.. dia cuma senyum jer tengok gelagat mak2 dara melayan selera...
jamie n zarina dan ct lama tak jumpa.. skali jumpa hangat dapur l you...riuh rendah uuu

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ingin berkongsi gambar semasa majlis bersama customer2 tegar englishinspire. Sayangnya tak sempat nak snap gambar2 banyak, mana nak layan tetamu lagi, mana nak layan abrar lagi.. sudahnya sikit jer dpt ambil gambar2 candid..
apa2 pun kita layan ajer la yang mana ada....zassssss.....

Wednesday, October 14, 2009

BYE BYE MANCHESTER...pahit manis abadi dalam kenangan..(aiport manchester)



li
rujiati dan azizah..kami senang bercerita tentang..hubungan kami dengan Allah..sbb matalamat kami sama untuk destinasi kami..???
Aida...kami selalu bercerita itu dan ini..he.he.he..
bro thecool disamping teman2 seperjuangan....semua masih lagi di sana..
inilah sahbat handai yang datang untuk mengucapkan selamat kembali ketanah air..

Assalamualaikum... entah lah mengapa sehari dua ni kenangan semasa saya di bumi england mengibau kembali.. banyak yang manis2.. tapi tak kurang jugak yang pahit...
InsyaAllah yang pahit2 tu kita jadikan iktibar, supaya sentiasa bersyukur dengan segala kurniaanNyaa...nak jadikan sempadan..????..entahlah kalu kita tak serik.. maybe kita tak nampak sempadan itu..

Ape2 pun kita layan ajerlah gambar yang diambil hari2 terakhir kami sekeluarga di bumi Allah..
manchester....

Tuesday, October 13, 2009

VASE & BELLs for sale

SAHABAT..KAWAN..FRIENDS....peringatan untuk diri ini mencari redha Allah..

sahabat itu....
SAHABAT YANG BAIK, APABILA DIPANDANG WAJAHNYA, MEMBAWA KITA MENGINGATI ALLAH. MENDENGAR KATA-KATANYA MENAMBAHKAN ILMU, TERLIHAT GERAK GERINYA MENINGGIKAN TAKUT KITA KEPADA ALLAH S.W.T. BERKAWAN DENGANNYA LILLAHITAALA....

TENTU BAHAGIA DUNIA DAN AKHIRAT KALU KITA SEMUA MEMPUNYAI SEORANG ATAU DUA ORANG ATAU LEBIH SAHABAT YANG SEDEMIKIAN...InsyaAllah..kita yang semai benih, dan hasil kita sendiri lah yang menuainya... Moga2 Allah kurnia kan saya sahabat yang sedemikian untuk jambatan kesana nanti..ameeen ya rabb...



Sunday, October 11, 2009

SELINGAN SEMENTARA MENANTI BARANG2 BARU TIBA DARI UK.. gambar kenangan semasa kenduri gotong royong mengangkat barang ke kontena

ummu dan ida kamil...tengah makan makanan yg di oder dari ina khatab.. dan juga pn aida...


tu dia pn aida kite tengah mem vacum rumah k.shida yang telah kosong..terima kasih yer aida.


ni semada didapur di faraday avenue..semua ku angkut u..semuanya kenangan u..
sue usop sedang menjamu selera brsama dr nurul..sue oohhh sue...betul apa yg sue cakap..
kenangan..fida, zura din, dan illa raja... menolong apa yg patut didapur..indah sungguh kenangan bersama kawan semasa di manchester...

Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera semua.. ingin dikongsi bersama kepada sesiapa yang sudi untuk berkongsi pengalaman semasa di bumi england. kita layan dulu rindu k.shida pada manchester dan sahabat yg rapat sekalian....

warga mcch sentiasa meringankan tulang sekiranya ada gotong royong atau kenduri kendara untuk menghadirkan diri dan memberi bantuan kepada yg memerlukan. sementara kaum adam diluar rumah sibok dengan strateji untuk memuat jugak2 barang k.shida untuk dibawak balik ke mesia. kaum hawa pulak sibok didapur untuk menyediakan makanan.