Wednesday, September 30, 2009

BISKUT JAR FOR SALE - RM55/-

FRENCH STYLE CANISTERS (CERAMICS) 6 PCS FOR SALE

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..mohon maaf bebanyak kekadang entri nya tiada disertakan butiran lanjut mengenai barang2 yg hendak dijual.

Canister ini boleh di beli loose...Harganya dari kiri yg kecil sekali... poivre RM15.00, THE' RM25.00, cafe' RM30.00, scure RM45.00, Farine RM30.00, Pa'tes RM25.00....

seperti biasa, janganlah segan untuk bertanya, hubungisaya ditalian hayat 019-6222260 atau landline saya 03-60924734.

dan lagi... ianya adalah made in french......ianya bukan beli dicarboot sale..so fikir2kan lah.

InsyaAllah semua barang2 saya jual ni harganya bukan lah harga tetap... masih lagi bleh dirundingkan.. kalu tak percaya.. anda bleh cuba....

Monday, September 28, 2009

Sunday, September 27, 2009

JOHNSON BROS eternal beau teaset..for sale ( set of four ) RM395/-


Assalamualaikum... salam syawal dan selamat sejahtera semua....
Set tea JOHNSON BROS ni juga memang susah nak dapat yang ori made in england... unless kalu ianya used... Disini ada lagi didalam stock englishinspires... teaset untuk empat orang....

1 TEAPOT
4 PIRING KUEH ATAU PIRING SISI
4 PIRING CAWAN
4 CAWAN
1 BEKAS GULA
4 MANGKUK LAUK ATAU LAKSA

Murah jer ni...selalunya kalu orang jual teaset memang tak terdapat mangkuk ataupun bowl, tapi di englishinspires.... anda dapat xtra gift dari kami...


seperti biasa sekiranya anda berminat... sila lah menghubungi saya ditalian hayat sptr yang tetera diatas atau di 03-60924734....


Sekian,

ikhlas

shida.

Royal Grafton Made in England TEASET FOR SALE



6 pcs cawan
6 pcs piring cawan
6 pcs piring sisi atau piring kueh
1 pinggan kek
1 mangkuk gula
1 jag untuk susu


Assalamualaikum, salam syawal dan selamat sejahtera kepada semua pegunjung setia englishinspires....

Royal Grafton teaset ini adalah collections perbadi saya, semasa mengemas kabinet untuk keluarkan pinggan mangkuk untuk kegunaan semasa hari raya tempohari. terjumpa lah teaset ni. Dimana production nya telah pun discontinued.. memang tak der dua lagi dah lepas ni. dan amat susah kalu nak dapat complete set.. I was so lucky sebab dpt juga set yg penuh walaupun tak punyai teapot.

memandangkan dah tak der tempat dan ruang untuk diletakkan, makanya saya terpaksa untuk me 'let go' kan teaset ini. Harganya agak mahal... memandangkan ianya adalah salah satu koleksi peribadi.. saya dengan berat hati terpaksa juga saya jual...
so sekira ada yang ingin menyunting nyer sila lah hubungi saya ditalian hayat...019 6222260 atau 03 6-60924734 untuk bertanyakan harga. harga yang saya offer ini termasuk Postage N Packging....

Jangan lepaskan peluang anda untuk memiliki pinggang mangkuk antik made england... anda tak akan menyesal membelinya.. alah membeli menang memakai... tak percaya cuba laaaaa....

ikhlas,

shida...

Saturday, September 26, 2009

SEDIA UNTUK MENJAMU TETAMU DIBULAN SYAWAL..Johnson Brothers..






Assalamualaikum, salam sywal dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung setia blog englishinspires.

Disini saya ingin berkongsi bersama2 rakan blogers koleksi2 pinggan mangkuk yang berasal dari england yang masih ada didalam simpanan stock saya. Dibulan syawal ni boleh saya gunakan untuk menjamu tetamu yang akan datang berkunjung kerumah saya nanti.
Jika anda amati.. its so sweets...garland..hijauan sjuk mata memandang...

selamat manjamu mata....zassssss...

ikhlas...

shida...

Friday, September 25, 2009

BACK ON TRACK....kini bersedia untuk menerima tetamu... sudi2kan lah...

Kini sedia untuk menerima tetamu.. sempena kedatangan syawal... dikesempatan ini saya ingin menjemput semua sahabat dan warga bloger, sekiranya ada kesempatan berkunjung ke rawang sila lah berkunjung ke teratak saya di Bandar Country Homes. Kunjungan untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita... sudi2kan lah.... Sambil2 itu anda semua bolehlah menjamu mata dengan barangan yg terdapat dikedai Englishinspires....silakan lah....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung setia....
Alhamdulillah... selesai sudah kita menjalani ibadah puasa dan juga mempertingkatkan lagi ibadah2 sunat semasa dibulan Ramadhan yang lepas... Semoga ibadah2 kita semasa dibulan puasa akan di istiqamah kan ke bulan2 seterusnya... InsyaAllah.
Kini kita mesti berlumba2 pulak untuk melakukan puasa sunat syawal..atau puasa enam, kepada semua diucapkan selamat berpuasa sunat syawal...

Alhamdulillah... kini kedai englishinspires akan aktif semula, setelah agak "slow" sikit untuk meng 'update' kan blog kerana kesibokan didalam bulan puasa tempohari. Alhamdulillah semasa dibulan puasa yg lepas ada stock2 baru tiba dari UK. InsyaAllah selepas ini saya akan sentiasa meng "update" apa barang terbaru yang terdapat di kedai englishinspire...InsyaAllah...


sekian,


Ikhlas,


shida....

Wednesday, September 16, 2009

END OF RAMADHAN SALE



e card raya daripada sahabat-sahabat blogger yg dikasihi

dari kak zie dahran....

diterima dari Hjh mona country homes..pembeli tegar englishinspire
diterima dari Ifa very understanding customer....

diterima dari welly pembeli tegar yg kedua..he.he.he.jgn marah..aa

diterima dari yatts ratu antik kita...belum jadi customer lagi nih..

Tuesday, September 15, 2009

Sepuluh malam terakhir..diminit2 terakhir...

MASIH ADAKAH KESEMPATAN BUAT KITA.. UNTUK MERAIHNYA...

DIPETIK DARI LAMAN USTAZ ZAHARUDDIN ABDUL RAHMAN...


Laylatul Qadar atau Malam al-Qadar telah diketahui umum sebagai malam yang amat istimewa buat seluruh umat Islam. Ia berdasarkan ayat al-Quran dari surah al-Qadr . Firman Allah SWT :

Ertinya : "Malam Al-Qadar lebih baik dari seribu bulan" (Al-Qadr : 2) .

Di Malam ini jugalah Nabi SAW bersungguh-sungguh beribadat melebihi malam-malam Ramadhan yang lain. Disebutkan di dalam sebuah hadith :-

Ertinya : Adalah Nabi SAW, beribadat dengan (lebih) bersungguh dan kuat di sepuluh malam terakhir Ramdhan, tidak sebagaimana baginda di malam-malam yang lain" ( Riwayat Muslim, no 1175 )

Sebuah lagi hadis menyebut :-

انه كان يعتكف فيها ويتحرى ليلة القدر خلالها

Ertinya : "Adalah Nabi SAW beriktikaf padanya dan berusaha mencari malam al-qadar darinya (malam-malam ramadhan)" ( Riwayat al-Bukhari & Muslim)

أن النبي صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل العشر أحيا الليل وأيقظ أهله وشد مئزره

Ertinya : " Apabila telah masuk 10 terakhir bulan Ramadhan, maka Nabi menghidupkan malam, mengejutkan isterinya dan mengetatkan kainnya (tidak menyetubuhi isterinya kerana amat sibuk dengan ibadat yang khusus)" ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Malam Al-Qadar Indah Bagi Orang Beriman

Waktunya

Para ulama antaranya Syeikh Dr Yusof Al-qaradawi menyebut bahawa tarikh malam lailatul qadar sengaja di sembunyikan oleh Allah SWT agar umat manusia berusaha bersungguh-sungguh bagi mencarinya, bagaimanapun ada disebutkan terdapat tanda-tanda akan kemunculan malam yang terhebat ini.

Iaitu seperti hari esoknya yang tidak terlampu panas dan tidak pula sejuk, matahari pula tidak memancarkan sinarannya dan pelbagai lagi. Ia semuanya berasal dari hadith-hadith yang sohih.

Bagaimanapun tanda-tanda ini tidaklah begitu penting bagi individu yang benar-benar telah beribadat sepanjang malam. Ia juga tidak banyak memberikan manfaat kerana malam tersebut sudah terlepas sekiranya tanda itu dikenalpasti esoknya.

Malah, tanda ini juga adalah amat sukar menjadi tepat kerana suasana dan cuaca sesebuah Negara adalah berlainan. Di Negara barat contohnya mungkin sentiasa mendung kerana berada dalam musim sejuk, musim bunga manakala di Afrika pula mungkin sedang mengalami keterikan. Adakah malam al-qadar tidak muncul di tempat mereka kerana setiap siang adalah terik?.

Jawabnya, tanda-tanda ini hanyalah contoh yang berlaku di zaman Nabi SAW dan tidak lebih dari itu.

Menurut pandangan yang paling kuat di kalangan para ulama, ianya berlaku pada sepuluh malam yang terakhir, iaitu pada malam-malam ganjil.

Hadith Nabi menyebut:-

التمسوها في العشر الأواخر من رمضان

Ertinya : " Carilah ia (malam al-qadar) di sepuluh malam terakhir dari bulan ramadhan" (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Bagaimanapun, kita sekali lagi mungkin kebingungan pada tahun-tahun tertentu JIKA negara Arab memulakan puasa pada tarikh yang berbeza dengan negara-negara di Nusantara. Justeru, pada malam ganjil menurut kiraan Malaysia atau Saudi ?. Hal ini sukar diputuskan oleh para Ulama. Sudahnya, mereka menyarankan agar dihidupkan seluruh malam sahaja. Jawapan termudah tetapi tidak memuaskan hati tentunya. Wallahu alam.

carilah malam alqadar dengan ikhlas dan amal

Tarikhnya Berubah atau Tetap Setiap Tahun?

Sebahagian ulama mengatakannya bersifat tetap pada setiap tahun iaitu pada malam 27 Ramadhan, manakala majoriti ulama termasuk Imam An-Nawawi As-Syafie pula berpendapat ianya bertukar-tukar pada setiap tahun dan tidak kekal pada satu tarikh (Al-Majmu' 6/450).

Selain dari itu, berdasarkan dalil hadith al-Bukhari, kemungkinan terbesar adalah jatuh pada tujuh malam terakhir iaitu samada 25, 27 atau 29 Ramadhan berdasarkan sabdaan Nabi SAW:-

أرى رؤياكم قد تواطأت في السبع الأواخر ، فمن كان متحريها فليتحرها في السبع الأواخر

Ertinya : Aku lihat mimpi kamu (sahabat) telah menepati di tujuh malam terakhir, sesiapa yang mencarinya, maka carilah ia di tujuh malam terakhir" ( Riwayat al-Bukhari , no 1911 & Muslim)

Dari tiga tarikh harapan itu, tarikh 27 Ramdhan adalah yang paling diharapkan oleh kebanyakan umat Islam (terutamany di negara Arab) dan ia juga dipegang oleh kebanyakan Sahabat Nabi SAW serta ulama silam, sehinggakan seorang sahabat bernama Ubay Bin Ka'ab ra bersumpah ia adalah malam ke dua puluh tujuh (di zamannya secara khasnya kerana beliau telah melihat tandanya dan yakin tarikh itu tidak berubah pada tahun-tahun berikutnya) dan zaman lain umumnya, sebagaimana dalil hadith yang menyebut:-

ليلة القدر ليلة سبع وعشرين

Ertinya : "Malam al-Qadar dalah malam ke dua puluh tujuh" (Riwayat Ahmad, Abu Daud, no 1386 )

Doa Terpenting Semasa Lailatul Qadar

Allah s.w.t pernah menegur manusia yang lupa doa untuk akhirat mereka di masa puncak kemakbulan doa. Anataranya seperti hari Arafah, sebagaimana dinyatakan dalam firmanNya :-

فَمِنَ النَّاسِ مَن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا وَمَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ

Ertinya : Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat ( Al-Baqarah : 200 )

Jelas dalam ayat ini Allah s.w.t menegur manusia yang lupakan kebaikan akhiratnya.

Lalu Allah s.w.t mewartakan bentuk doa yang sepatutnya, iaitu yang merangkumi kebaikan dunia dan akhirat..dan dilebihkan 'portion' atau bahagian akhirat apabila di tambah "selamatkan dari api neraka". Beerti doa untuk bahagian akhirat perlu lebih dari dunia.

Lihat doa yang diingini Allah s.w.t :-

وِمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ertinya : "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: ""Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka" ( Al-Baqarah : 201 )

Di malam-malam akhir ramadhan ini target utama kita adalah mendapatkan keampunan Allah s.w.t. Inilah yang disebut dalam jawapan nabi s.a.w kepada Aisyah r.a :-

وقالت عائشة ـ رضي الله عنها ـ : يا رسول الله إن وافقت ليلة القدر، فما أقول ؟ قال: قولي: اللهم إنك عفو تحب العفو فاعف عني

Ertinya : "Berkatalah Aisyah , Wahai Rasulullah, jika aku berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar, apakah yang perlu aku katakan (doa) ? Bersabda Nabi : " Sebutlah doa " Ya Allah sesungguhnya dikaulah maha pengampun , dan amat suka memberi ampun, maka berikanlah daku keampunan"

Mestikah Mendapat Tanda ?

Sabda Nabi SAW :

من يقم ليلة القدر فيوافقها..

Ertinya : Barangsiapa yang menghidupkan malam qadar ini dan mendapatnya. .." ( Riwayat Muslim)

Hadiith ini menyebabkan setengah ulama mengatakan bahawa setiap individu yang mendapat keberkatan malam al-qadar mestilah mengetahui berdasarkan hadith di atas.

Bagaimanapun, pandangan yang lebih tepat adalah seseorang individu itu mampu mendapat kebaikannya, samada ia mengetahuinya atau tidak mengetahuinya, tanpa menafikan bahawa sesetengah individu diberi rezeki dan kelebihan oleh Allah untuk mengetahuinya melalui pelbagai cara termasuk mimpi, tanda menarik dan mungkin pelik dan sebagainya.

Tidak perlulah untuk solat malam di tepi pokok atau di hadapan baldi air, kerana ingin memastikan waktu pokok sujud atau air menjadi beku. Allah akan memberikan tandanya menurut kehendakNya.

Masa Berkat Berpanjangan atau Hanya Beberapa Saat?

Saya masih ingat, semasa saya berada di zaman kanak-kanak, tersebar info kepada kebanyakkan saya dan rakan-rakan ketika itu adalah : waktu maqbul dan berkat ini beberapa saat sahaja. Jika terlepas maka saatnya rugilah sepanjang hayat.

Rupanya, ia hanya rekaan para pereka cipta sahaja yang tidak diketahui tujuan mereka. Hakikatnya, waktu berkat lagi makbul ini adalah luas sepanjang malam, ia telah disebutkan oleh Allah dengan jelas iaitu :-

سَلَامٌ هِيَ حَتَّى مَطْلَعِ الْفَجْرِ

Ertinya : Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar ( Al-Qadr : 5 )

Inilah yang diterangkan oleh Imam Al-Qurtubi di dalam kitabnya. (Al-Jami' Li Ahkam al-Quran, 20/134 )

Wanita Haid Terhalang Dari Berkatnya ?

Adakah wanita sedang haid terhalang dari keberkatan lailatul Qadar?. Sudah tentu jawabnya tidak, Allah s.w.t maha adil. Bagi wanita sedang uzur pelbagai amalan dan ibadah yang masih boleh dilakukan seperti :-

  • 1) Berzikir
  • 2) Berdoa
  • 3) Membawa terjemahan Al-Quran serta memahaminya.
  • 4) Mendengar bacaan Al-Quran oleh suaminya, adik beradik atau dari kaset.

Sebahagian ulama silam dan moden seperti Syeikh Prof. Dr Muhammad Abu Laylah ( Prof Syariah di Univ Al-Azhar) berpendapat mereka dibenarkan juga membaca al-Quran tanpa memegangnya (melalui hafazan), malah sebahagian yang lain seperti Fatwa Ulama Saudi pula membenarkan mereka membacanya melalui mashaf. Saya tidak ingin membincangkannya di sini. Sekadar memberikan idea dan keterbukaan di kalangan para ulama.

Semoga kita diberikan kekuatan ibadah dan keikhlasan di waktu malam tersebut.

sekian

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharudd in.net/

20 Ramadhan 1428 H

2 Oktober 2007

E-Card raya untuk semua sahabat-sahabat dan pengunjung setia:)

Selamat menyambut kedatangan eid mubarak:)!!!!!!

Wednesday, September 9, 2009

PORTMEIRION LAGI...apa yang saya offer lebih dari 40pcs


Assalamualaikum dan selamat sejatera semua, selamat mempergandakan lagi ibadah kita dihujung2 Ramadhan ini..InsyaAllah.

Alhamdulillah saya menerima banyak pertanyaan semasa lost contact dengan para sahabat bolgger semua berkenaan dengan PORTMEIRION DINNERSET yang saya war2kan didalam blog tidak lama dulu.

Harga yang saya tawarkan ialah RM2500.00 dimana set dinner termasuk....

6 pcs pinggan makan (dinner plates)

6 pcs pinggan kueh ( side plates ) anda boleh pilih 6" atau 8"

6 pcs piring cawan

6 pcs cawan

6 pcs mangkuk lauk atau laksa (pasta bowls)

1 pc mangkuk gula ( sugar bowl)

1 pc jug susu (milk jug)

1 pc teapot ataupun coffee pot (anda boleh pilih)

1 pc salad bowl 8"

1 pc lasagna dish 12"

sekiranya anda ingin mendapatkan kedua2 size piring kueh (side plates) yang 6" atau 8" anda akan hanya dapat satu sahaja dari XTRA GIFT yan saya offer kan. HARGANYA TETAP SAMA IAITU.....RM2500/-

InsyaAllah offer ini tak ader penghujungnya... anda boleh oder bila2 masa saja...


sekian dulu...baby dah menyanyi lagu rock dah tu... heavy metal lagi.....


ikhlas...


shida....

Kembali ber blogging

Assalamualaikum dan selamat sejahtera dan selamat menjalani ibadah puasa yang sudah sampai ke farsa ketiga...dimana sememang saat2 ini memang dinanti2kan kan oleh semua hamba Allah yang merindui dan mengasihinya... untuk mendapat ganjaran dan rahmat malam lailatul qadar...
dikesempatan yang ada dan terhad ini saya juga ingin mengejar offer2 yang dijanjikan Allah dengan keistemewaan lailatul qadar... marilah kita bersama2 berlumba2 meningkatkan ibadah sempena bulan ini yang akan meninggalkan kita tidak berapa lama lagi.. sepuluh malam terakhir ini.

Saya juga ingin memohon berbanyak maaf kepada pegunjung setia dan silent reader blog saya ini, kerana blog ni sunyi sepi jer semenjak dua menjak ni, tak ada cerita2 yang baru pun. Alhamdulillah...pc dah pun balik dari hospital, dan kini saya berada semula didepan komputer untuk meng update kan barang2 terbaru didalam stock englishinspires....

InsyaAllah didalam kesibokan dan kerancakan kita untuk mempertingkatkan ibadah disaat2 akhir ramadhan, saya cuba untuk meng update barang2 yang baru tiba dari bumi england.. InsyaAllah .... tungguuuuu...