Friday, September 25, 2009

BACK ON TRACK....kini bersedia untuk menerima tetamu... sudi2kan lah...

Kini sedia untuk menerima tetamu.. sempena kedatangan syawal... dikesempatan ini saya ingin menjemput semua sahabat dan warga bloger, sekiranya ada kesempatan berkunjung ke rawang sila lah berkunjung ke teratak saya di Bandar Country Homes. Kunjungan untuk mengeratkan sillaturrahim sesama kita... sudi2kan lah.... Sambil2 itu anda semua bolehlah menjamu mata dengan barangan yg terdapat dikedai Englishinspires....silakan lah....

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua pengunjung setia....
Alhamdulillah... selesai sudah kita menjalani ibadah puasa dan juga mempertingkatkan lagi ibadah2 sunat semasa dibulan Ramadhan yang lepas... Semoga ibadah2 kita semasa dibulan puasa akan di istiqamah kan ke bulan2 seterusnya... InsyaAllah.
Kini kita mesti berlumba2 pulak untuk melakukan puasa sunat syawal..atau puasa enam, kepada semua diucapkan selamat berpuasa sunat syawal...

Alhamdulillah... kini kedai englishinspires akan aktif semula, setelah agak "slow" sikit untuk meng 'update' kan blog kerana kesibokan didalam bulan puasa tempohari. Alhamdulillah semasa dibulan puasa yg lepas ada stock2 baru tiba dari UK. InsyaAllah selepas ini saya akan sentiasa meng "update" apa barang terbaru yang terdapat di kedai englishinspire...InsyaAllah...


sekian,


Ikhlas,


shida....

1 comment:

Ateh said...

Salam Shida!

Weh, nak ler makan minum dengan Royal Albert tu! Tersangatlah mengancam, fuhhh!!! - Kak Lili