Tuesday, May 4, 2010

cik pomona berkahwin dgn cik botanic garden.....

 KAWIN ANTARA BANGSA..BERLAINAN AGAMA...

selingan sementara menanti entry barang2 jualan.. sesuatu yang perlu kita fikir2kan.. masa depan agama anak2 kita nanti..Iktibar buat kita semua.... Ingat MATI... maka pekara2 sebegini IsyaAllah pasti tidak akan berlaku..

dipetik dari blog : Dr Hashim...

"SUAMI saya seorang Kristian, kami tinggal di Rawang Malayisa." Kata seorang wanita yang mengaku beragama Islam, dari keluarga Islam kelahiran Medan.

Tersentak saya mendengarnya, terkejut. "Bagaimana bisa perempuan Islam berkahwin dengan lelaki Kristian? Suamimu itu orang Malaysiakah?"

"Ya. Orang Malaysia, asal Sabah!" Jawabnya.

Tambah terkejut aku. "Kahwin di mana?"

"Oh. Di Malaysia tak boleh kahwin berlainan agama. Kami kahwin di Bali."

Dia bersama temannya perempuan yang seorang lagi. Mereka berdua datang dari Malaysia kembali ke Medan untuk membaharui pasport, dan akan ke Malaysia semula sambung kerja. Kebetulan kami bertemu di meja makan, di sebuah restoran berwarna hijau, bertentangan dengan supermarket Simpang Juki yang berhadapan dengan Masjid Raya Kota Medan. Restoan yang bersebelahan dengan Hotel Madani, kalau tak salah..

"Saya pula.. " kata perempuan yang seorang lagi, "..suami saya Islam, saya Kristian. Kami berkahwin di Indonesia.. tiada masalah apa-apa. Anak saya berumur 9 tahun beragama Islam, kerana ayahnya Islam."

"Ah.. Masalahnya, kamu berdua tinggal di Malayisa, membawa budaya bermasalah! Kahwin antaragama, ada yang menyalahi hukum agama kami. Memang bisa bertoleransi, tetapi mestilah dalam batas atau pakej yang ditentukan agama itu sendiri!" Kata saya, menggeleng kepala.

"Kamu berbahasa dan berbudaya rumpun Melayu yang rata-rata di Malaysia beragama Islam. Hal ini bisa mengelirukan masyarakat Malaysia... " Saya jelaskan.

Kalau hal ini dibiarkan berkembang terus, maka akan timbul masalah. Ini penyakit baru bagi perkembangan Islam di Malaysia. Memang ramai orang bukan Islam di Malaysia, tetapi mereka kebanyakannya bukan Melayu. Orang ramai yang Islam biasanya berbangsa Melayu, jadi keliru. Rupanya dalam kawan sebangsa dan sebudaya sudah ada yang beragama lain dari Islam.

Kadang-kadang remaja jatuh cinta. Hendak berkahwin rupanya lain agama, walaupun satu budaya. Ini akan menimbulkan masalah sosial. Bahagian agama di Malaysia perlu cari jalan selesai sebelum penyakit ini menular parah. Terutama kepada pekerja-pekerja kilang seperti di Rawang, KL, dan lain-lain seluruh negara. Perlu dibuat siasatan dan kajian.