Saturday, October 24, 2009

Kini aku berpijak dibumi NYATA..

Assalamualaikum W.B.T dan selamat sejahtera semua...

Alhamdulillah..saya masih disini dan masih diberi semangat untuk bangun oleh Allah untuk meneruskan apa yang saya usahakan selama ini. Sebelum saya memulakan perniagaan menjual barang2 dari UK ini, saya telah pun membuat bisnes kecil-kecilan dengan menjual hasil kraf tangan dan menjual bunga2an yang telah siap digubah yang berkonsep dry look. Dan pada tahun 2005 saya mula berjinak2 dengan mencuba sesuatu yg baru iaitu mejual barang2 deco dari bumi England. Alhamdulillah... Allah lorongkan rezeki yang murah, dan disini saya masih lagi berdiri. Dalam seminggu dua ini, blog ini agak suram dengan barang2 baru untuk dijual.... Dalam masa itu saya telah diuji oleh Allah S.W.T dan bisnes yang saya usahakan ini hampir2 berkubur...

Alhamdulillah, sujud syukur..kepada Allah.. masih dianugerahkan kekuatan, semangat dan rezeki untuk saya meneruskan apa yang telah saya usahakan selama ini.

dan disini... saya..InsyaAllah saya akan cuba..dan terus mencuba.. utk memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan yang saya kashi...

Saya ucapkan berbanyak terima kasih, kepada kekawan dan sahabat yg selama ini sentiasa memberi saya dorongan, bimbingan, teguran dan semangat untuk saya meneruskan usaha2 saya ini. Terima kasih saya ucapkan atas kesudian kalian untuk berurusan dan menjadi pelanggan saya, tanpa kalian siapa lah saya...

kepada sahabat dan kekawan bloger dan regular customer dan silent readers.. I luv u all... InsyaAllah...

Ikhlas....

Shida...

6 comments:

Ateh said...

Shida, it is the effort that counts.. Shida dah kira berjaya jugak kan? You should be proud of yourself, dear. Kak Lili pun nak cuba tolong Shida dgn mempromosikan blog dan jualan Shida ni kat kawan-kawan kak Lili kat sini, insyaallah...
Jangan serik berniaga!

Love you too!

Shida Rahman said...

Ha.ha.ha Ateh, terima kasih ateh.. hu.hu, dugaan ateh.. InsyaAllah, kali ini bisnes kena dipelbagaikan tak boleh harapkan barang2 dari UK ajer. Supplier dah kantoi..kan susah dibuatnye. Nak kena start from the begining le ateh. Meraban le jugak teman sekejap kak lili oiiii...

rozie yusof-azlan said...

Salaam Shidah..kzie hrp you will go on...insyaƔllah you will have the strength...BTW..saya masih menunggu number2 tu disms ya..malu still tak hbs lagi...brg2 dah lama pakai...

umi_e said...

Semoga terus dilapngakan pintu rezeki... dalam hidup ini ada turun-naiknya... begitu juga dengan perniagaan dan sudah pasti banyak persaingannya... Insyaallah akan terus berkembang maju...

Shida Rahman said...

shida 2 kak zie..
Terima kasih dan InsyaAllah kak zie, saya hanya mengharap bantuan dan keizinan Allah, segala2nya dari DIA.. InsyaAllah saya yakin, selagi mana saya tidak menayakan sesama kita, Allah akan bantu...InsyaAllah.
nanti saya email k.zie yer..

shida tu umi_e
terima kasih umi..persaingan yang sihat akan membawa keberkatan. InysaAllah persaingan lumrah bisnes, cuma.. utk mendapatkan stok brg ajer yg ada sikit kebimbangan...

mummywaielah said...

Salam All The Best 4 Kak Shida!
Patut la sunyi cam pergi bertapa je..takpe kak, brg dah smpai nanti akak bgitau ya...