Friday, October 16, 2009

MENGAPA KITE PERLU TEMAN RAPAT ATAUPUN SAHABAT...

Siapakah yang dikatakan sahabat? Adakah perlu dia kaya dan segak? Apakah perlu dia pandai mengambil hati? Mestikah dia tidak mementingkan diri sendiri? Atau.. Sahabat ialah orang yang sekepala dengan sahabatnya? Satu hala tuju dan matlamat yang selari?

Mestikah dia mengetahui kegemaran sahabatnya? Atau.. Adakah orang yang dapat gembira suka dan duka bersama? Membantu bila sahabatnya kesusahan? Atau.. Seorang sahabat ialah orang yang menjaga sahabatnya dari kemurkaan Allah? Dia menegur apabila sahabatnya lupa.. Pastinya dia orang yang menyayangi sahabatnya seperti menyayangi dirinya..

Kenapa mesti kita bersahabat???

1. Sebagai seorang manusia kita tidak dapat hidup bersendirian, kerana manusia dengan sifat kurniaan Allah itu saling perlu memerukan. Ibaratnya tidak ada diciptakan juga daripada golongan Adam sahaja tetapi diciptakan juga dari golongan Hawa. Kerana sudah menjadi fitrah manusia memerlukan teman..

2. Sahabat adalah cermin diri kita. Jka kita bersahabat dengan orang jahat,maka kita pasti dicerminkan sedemikian. Jika bersahabat dengan orang yang soleh, maka kita juga pasti dicerminkan sedemikian. Oleh yang demikian, pilihlah siapa sahabatmu..

3. Islam menganjurkan umatnya supaya memilih sahabat yang baik. Pilih sahabat yang baik seumpama jika kita berkawan dengan pelebur besi, maka kita pasti mendapat percikan api. Tapi jika berkawan dengan penjual haruman, maka kita pasti berbau harumannya.. Dan pohonlah kepada Allah supaya Allah mengurniakan kita sahabat yang boleh membawa kita untuk mendapat keredhaanNYA...

5 comments:

shima said...

k shida... betul.. betul

ItaJeff said...

Salam Cda...
n3 yg sangat menarik & penuh pengertian. Tq for sharing :-)

Shida Rahman said...

k.cda 2 shima..
org kata susah nk dpt sahabat sejati, insyaAllah ada..niat lillahitaala dan innalillah kan shima kan...

k.cda 2 ita..
waa ni rupanya ita, so glad to knowing u, cute mute orgnya. Dalam bersahabat bnyak faktor kita kena jaga..insyaAllah akan dpt jiwa yang mutmaiinah.. betul tak ita..

Ayoh Mang said...

Salam Shida
Alhamdulillah tumpang gembira dgn bisnes yg berkembang maju.Semoga dianugerahkan sahabat yg sejati...nostalgia tgk gambar kat Manchester.

Shida Rahman said...

waalaikumussalam - baduruzaman@jie ke ni.
manchester sentiasa dlm nostalgia, InsyaAllah, Allah akan pelihara dan lorongkan jalan untuk dipertemukan jodoh dgn sahabat sejati. satu matalamat, ikhlas, jujur tidak sombong dan bongkak dan yang penting sekali..tidak mementingkan diri sendiri. kalu kita tak ade sifat2 mcm ni, memang jadi kera sumbanglah kita kat manchester tu. org pun tak sudi berkawan dgn kita. lepas tu kita dok persalah kan orang lain, padahal akhlak kita sesama kawan tidak kita praktikkan. kita yg menyemai dan kita lah yg menuainya....ke ni bad doha..