Wednesday, March 10, 2010

SELINGAN LAGI - HADIS PILIHAN....DENGKI...

Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Baihaqi...

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Tidak berkumpul di dalam hati seorang manusia antara iman dan dengki"


HURAIANNYA ;-


1. Hasad dengki itu adalah seumpama api yang akan memakan segala kebaikan yang dilakukan oleh seseorang seperti api yang membakar kayu.

2. Adanya perasaan dengki menunjukkan iman seseorang itu belum sempurna malah dengki merupakan sifat yang diwarisi daripada syaitan. Kerana dengkilah maka syaitan menggoda Adam a.s hingga terkeluar daripada syurga dan kerana dengki juga maka terjadinya pembunuhan di antara Qabil dan Habil.


3. Seorang pujangga Arab pernah berkata: "Orang hasad tidak akan senang hidupnya dan orang bakhil tidak akan berbudi dan tidak dapat dijadikan kawan orang yang selalu jemu dan tidak ada kemanusiaan bagi pendusta. Dan tidak dapat diterima pendapat orang yang khianat dan tiada budi bagi orang yang tidak berakhlak.


4. Dengki yang diharuskan dalam Islam hanyalah dengki yang menjadikan manusia berebut-rebut melakukan kebaikan seperti berlumba-lumba menuntut ilmu atau berlumba-lumba melakukan ibadat dan yang seumpamanya.


ALLAHUMMA YA MUQALIBAL QULUB, SABITT QALBI AALA DINIKA, WAALA THOAATIK..


SHOLAWAT SYIFAA JUGA BOLEH MELAPANGKAN HATI KITA BILA DISERANG SAKIT HATI KEPADA ORANG LAIN.. SELAMAT MENCUBA..SEBAB SAYA TELAH MENCUBANYA.. TERNYATA MEMBERI KESAN KEPADA HATI..INSYAALLAH.

ITEMS TO LET GO..RM100 EACH.. ROYAL ALBERT WALL PLATES...

JIKA ANDA BAYAR CASH..INSYAALLAH.. HARGA PASTI RUNTUHHH....(kureng ler)
HARUS DIINGAT YER ADIK KAKAK YER..BARANG2 AKAK NI ADA YG USED ADA YG BARU DAN YG PENTING DIA ADALAH BARANG IMPORT TAU..JAUH MARI TAU....INGALAN TAU... :)

GARAGE SALE....SEMUA BARANG BERNILAI RM10.00


GARAGE SALE - LELONG..LELONG ..TAK UNTUNG TAK PER..JANJI CLEAR..

BLUE & WHITE JUG AND BOWL - RM115.00
ENAMEL POST RACK - RM28

CREAM AND READ ROSES JUG & BOWL - RM120.00

SELINGAN SEMENTARA MENANTI BARANG BARU TIBA DARI UK...



HADIS PILIHAN - Mengekalkan Akhlak Yang Baik.....


Riwayat at-Tarmizi.....
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:”Bukankah aku telah memberitahu kamu semua tentang orang yang diharamkan masuk ke neraka atau orang yang diharamkan ke atasnya neraka? Mereka ialah orang yang berdamping rapat dengan orang ramai (baik pergaulannya), hatinya tenang, berlemah lembut serta mudah dibawa berunding.”

Huraian......

1. Setiap Muslim hendaklah sentiasa beramal dengan ajaran Islam yang sebenar serta bergaul rapat dengan masyarakat dengan menggunakan budi bahasa yang lembut, selalu bertolak ansur, tolong menolong dan bantu membantu dan tidak melakukan perkara-perkara yang menimbulkan sakit hati orang lain dan mendatangkan dosa seperti berbuat khianat, merompak, menipu dan seumpamanya.

2. Tabiat manusia adalah berhubungan rapat dengan keteguhan iman dan kesabarannya. Jika baik akhlak seseorang itu maka dia akan selamat daripada balasan api neraka dan begitulah sebaliknya kerana baik buruknya seseorang terletak pada sejauhmana pandangan masyarakat umum terhadap dirinya selain daripada penilaian yang dihitung oleh Allah S.W.T sendiri.



HADIS PILIHAN - Jujur Dalam Berjual Beli

SALAM SEMUA... PERINGATAN UNTUK DIRI SENDIRI.. TIDAK ADA KENA MENGENA PADE YG IDUP ATAUPUN TELAH MATI..KECUALI PADA DIRI AKU SENDIRI...
 
Daripada Wa'ilah bin al-Asqa' r.a

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang menjual sesuatu barang yang cacat dengan tidak menerangkan kecacatan itu kepada pembelinya, ia sentiasa dalam kemurkaan Allah, dan Malaikat pula sentiasa melaknatnya."
 
Huraiannya :-

Pengajaran hadith:-

i) Berniaga adalah antara punca rezeki yang dihalalkan oleh Allah.


Ii) Sebarang jual beli yang dilakukan mestilah dibuat dengan jujur daripada kedua belah pihak di mana sesiapa yang menjual barang yang cacat dan dia pula sengaja menyembunyikannya daripada pembeli maka sepanjang masa ia akan berada di dalam kemurkaan Allah dan juga malaikat-Nya.


iii) Balasan ini adalah wajar kerana ia telah melanggar prinsip keadilan yang menghalang pembeli daripada mendapat faedah bersama.